Search This Blog

Monday, October 2, 2017

Kemahiran Mengumpul Data


KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
 ( JENIS DATA )

Menurut Sabitha Marican (2005), data ialah pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian, fakta atau ukuran ke atas sesuatu peristiwa yang boleh dikira. Satu set data ( data yang telah dikumpulkan) boleh merangkumi ribuan pemerhatian (Burning & Kintz, 1987). Secara umumnya, data boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu data primer (raw data) dan data sekunder (secondary data).




Apa itu Data Primer?

·        Menurut Rohana Yusof (2004), Penyelidikan Sains Sosial
            data yang berasal dari sumberasli atau pertama.
·        Data asal yang dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan kajian. (SabithaMarican, 2005)
·        Data yang dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam kajiannya.
·        Tidak tersedia dalam bentuk fail.
·        Sumber² maklumat selalunya dikumpul melalui eksperimen atau kajian lapangan-
-                    Contohnya : Soal selidik, pemerhatian dan temu bual.
·        Boleh dikumpulkan dari individu, kumpulan fokus ataupun panel pakar. 
·        Secara prinsip, terdapat dua metode pengumpulan data primer, iaitu pengumpulan datasecara pasif & aktif.

Apa itu Data Sekunder?

·        data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain. (Sabitha Marican, 2005)
·        pada awalnya (masa lalu) dikumpul untuk tujuan lain, tetapi sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa kini.

·        Contoh data sekunder: dokumen awam, arkib, dokumen pentadbiran, laporan formal dll.




Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment